Saturday, August 20, 2011

balik kampung + cuti seminggu


TO DO LIST BEFORE KONON2 HOLIDAY
test eco
test transport
presentation logistics
test HR

entry kali ini dimulakan dengan perbualan talipon seorang anak perempuan solehah (konon2) bersama ibu tercinta di pagi saturday yang indah dengan timbunan buku and kertas2 depan mata..

aku: mak!heloo..
mak : assalamualaikum dulu..lupa dah?haa sihat?
aku: eh2,,waalaikumussalam.lupa..sorry mak..sihat..cuma tak berak lagi,,tak normal..mak buat pe
mak: mak kat pasar tani dengan ayah ni..beli barang dapur..buat ape?
aku: (ohh mak dating ae)hiihi..tengah mentelaah buku ni haa..macam nak muntah dah..tengahari karang ade test mak

mak: oh buat elok2..eh awak balik ahad kan?
aku : aah mak..(ni mesti nak cakap balik kedah)
mak: ayah nak BALIK KAMPUNG..
aku: (oh gotcha!dh agak dh)ha..so kene balik awal la?(aja nk dating and shopping2 dulu la makk.ishh)
mak: iyelah..ke nak ayah amik awak kat sana?nanti terus balik
aku: ish taknak la..nak balik rumah dulu..lama tak balik entah rumah tu mcm mana pon aja tak tahu..tengokla.t aja tanya kawan..
mak: ha pape mak contact awak..ade duit lagi tak?
aku:(takde!duit dah susut mendadak) ade lagiii..==''
mak: betul ni ade?
aku:(betul aja tak de duit mak..haihh) ade...haaa
mak: okayla,buat test elok2.sembahyang jangan lupa..terawih tu..assalamualaikum
aku: hehe..okay mak(aiyoo..dh plan nak mintak duit before balik)bye.i love you..kim salam ayah kat sebelah..salam

okay..BALIK KAMPUNG..kalau orang lain mungkin terlonjak2 keriangan sebab raya di suasana kampung yang ade sawah padi lembu itik ayam kambing angsa segala macam lah..aku happy 10% je..bukan tak bersyukur masih mempunyai kampung yang mengekalkan ciri2 kekampungan nye..tapi disebabkan CUTI RAYA yang tersangatla panjang tolak2 cuma 4 hari je dapat beraya..memamg mood terus turun mendadak 90%..

di sini ingin saya memaklumkan kepada diri sendiri iaitu siti hajar bt mohamad radzi bahawasnya selepas cuti seminggu akan berlakunya event yang telah dijangka bukan lagi unexpected event iaitu test yang membunuh OPERATION MANAGEMENT..satu lagi 2 assignment yang perlu disubmit before study week..so jangan nak berangan ada bole riang2 raya okay..sekian harap
maklum





4 comments: